Tuesday, January 29, 2008

Simbol Keangkuhan Golongan Elit di Pulau Pinang

Simbol keangkuhan golongan elit di Pulau Pinang


Gambar diatas adalah gambar pembinaan pondok keselamatan (guardhouses) yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa oleh penduduk di kejiranan Jalan Jesselton dan Lengkok Jesselton iaitu sebuah kejiranan elit di Pulau Pinang.

Jalan tersebut merupakan laluan awam dan bukannya milik pihak atau golongan tertentu.

Menurut artikel yang keluarkan oleh NST, didalam buletin Persatuan Penduduk Jesselton mereka dinyatakan bahawa mereka ingin mengisytiharkan kawasan mereka sebagai 'zone selamat' untuk keselesaan mereka sendiri.

Sebelum ini mereka beria-ia melaungkan 'keprihatinan' mereka tentang akauntabiliti, ketelusan dan 'respect for the law' yang membabitkan projek pembangunan Penang Global City Centre yang kebetulan pula berhampiran dengan kejiranan mereka.

Nampaknya mereka bukanlah benar-benar 'prihatin' tentang projek tersebut. Sebaliknya mereka mementingkan diri dan status mereka. Mereka mahu kerajaan lakukan apa yang mereka mahu sebaliknya mereka sendiri tidak mempraktikkannya dengan baik.

Sumber:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/NewsBreak/20080123101726/Article
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2140256/Article
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2142049/Article

No comments: